Thursday, 13 November 2014

Tiada niat membandingkan

Assalammualaikum.

Alhamdulillah dapat membeli sebuah buku bertajuk Anak Autisme, Terapi dan Sokongan. Saya beli straight dari one of the author, Pn Nor Azizah, seorang ST.

Its really a good book, which intipati dalamnya saya boleh gunakan bukan saja untuk Dzai, malah untuk Dzayd jugak.

Seperti gambar, Carta Penilaian Perkembangan Bermain Kanak-Kanak adalah penting untuk mengetahui jika kanak-kanak itu ada masalah sosial dan komunikasi atau tidak.

Sebagai seorang ibu yang mempunyai seorang anak autisma dan seorang anak yang makin membesar, normal kiranya jika saya selalu berasa risau akan si adik. Setiap perkembangannya saya perhatikan, setiap perkataan yang keluar dari mulutnya saya titipkan perasaan syukur kepadaNya ... bukan niat membandingkan ahbang dan ahdik. Tidak. Namun, ignorance dan kurangnya ilmu saya terhadap ahbang dahulu, membuatkan saya lebih mengambi berat dan sentiasa memantau perkembangan anak-anak.

Hanya Allah yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya bila melihatkan carta ini , Dzayd dapat memenuhi ruang 'Mampu' dalam setiap cara bermain.

Symbolic Play
Baru saja Dzayd bermain 'doctor-patient' bersama saya petang tadi. "Tummy mummy akit", katanya.

Antara contoh cara Dzayd bermain.

Semasa Dzarif diusianya, dia lebih suka menyusun barang dan permainan, dari bermain dengannya. Lebih suka menonton TV seharian. Amat gembira jika dapat bermain air dan seluruh living room pernah basah akibat dia menolak baldi air mop. Itulah anak istimewa saya. Bukan mengatakan anak yang ini begini, yang itu begitu. Namun seperti saya katakan, normal bagi naluri seorang ibu yang sentiasa mahukan terbaik buat anak-anaknya, yang istimewa mahupun yang tipikal.

No comments:

Post a Comment